Cerita Lintah Dan Hermapro

Bertemu kembali kita diruang yang begitu ‘lebar’ dan tiada batasannya ini. Sejak kebelakangan ini aku sering menerima panggilan dari pihak tertentu yang memerlukan bekalan lintah dengan kuantiti yang AMAT BESAR. Jumlah yang diperlukan bukan lagi berkilo-kilo tetapi bertan-tan untuk pembekalan setiap bulan. Minat terhadap penternakan lintah juga makin berkembang dengan begitu pesat sekali. Jika dahulu aku hanya menerima pengunjung dari golongan kaum Bumiputera sahaja. Namun sejak akhir-akhir ini, minat yang ditunjukkan oleh golongan bukan bumiputera juga semakin bertambah.

Minggu ini sahaja aku menerima kunjungan 20 orang berbangsa India dan Cina yang sanggup datang dari Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan. Mungkin minat ataupun keyakinan diri terhadap masa depan industri ini mendorong mereka untuk datang ke tempat aku demi mendalami ilmu dalam bidang ini. Kebanyakkan mereka begitu berminat dengan konsep dan teknik yang aku gunakan. Aku bukannya mengatakan teknik yang aku gunakan adalah yang terbaik. Mungkin ada pihak lain yang telah mencapai hasil yang lebih baik dari aku. Namun setakat ini, Alhamdulillah usaha yang aku jalankan selama ini telah membuahkan hasil.

Keaadaan ini menambahkan lagi keyakinan aku terhadap hala tuju dan masa depan industri ternakan lintah. Usaha R&D yang telah aku jalankan selama ini akan aku pertingkatkan lagi. Walaupun aku bukannya datang dari latarbelakang ahli sains namun aku tidak pernah jemu belajar demi menambahkan ilmu. Sudah menjadi ‘perangai’ aku sejak dari kecil suka memerhati dan mengkaji apa sahaja yang terlibat dengan aku, secara langsung atau tidak. Aku tidak akan melakukan sesuatu tanpa mendalami@mengenali apa yang ingin aku laku atau usahakan.

Sejak sebulan yang lepas aku sedang usahakan membuat penyelidikan berkenaan teknik dan tabiat pemakanan lintah. Aku berharap dapat mencari kaedah yang lebih baik dari segi kaedah penyediaan sumber makanan. Penggunaan belut atau keli secara ‘hidup’ telah memberikan banyak masalah kepada penternak lintah. Mungkin ada penternak yang belum sedar anakbenih lintah yang baru menetas akan melekatkan diri di badan belut dan keli tersebut. Malahan ada juga yang masuk kedalam badan belut dan keli melalui mulut dan ruang terbuka yang sedia ada.

Kolam baru yang aku bina untuk tujuan ini telah hampir siap untuk menerima kemasukkan induk baru. Insyaallah jika tiada aral dalam 2 atau 3 hari lagi, aku akan masukkan induk dan benih ke dalam 3 kolam baru tersebut.


Proses penyediaan kolam peringkat pertama.


Proses penyediaan peringkat ke dua


Peringkat Ke tiga


Kolam sedia menerima kemasukkan induk.

Aku berdoa semoga kajian yang akan aku jalankan ini membuahkan hasil yang positif. Insyaallah. Mengenai perkembangan ‘HERMARPO’ yang telah aku gunakan semenjak dari 25 Ogos yang lepas nampaknya belum menunjukkan sebarang perkembangan yang lain dari biasa. Ya lah…. aku semestinya mengharapkan hasil yang terbaik dari penggunaan ‘serum’ yang agak mahal juga harganya (RM120.00 utk 20ml) ini. Setakat ini belum nampak lagi sebarang “keajaiban” yang berlaku. Yang pastinya induk yang aku gunakan tempoh hari nampaknya begitu “pendiam” sekali. Ada yang menyorok dalam tanah dan sukar untuk dilihat. Mungkin prosesnya berlaku dalam tanah…. siapa tahu… Jika begitu aku terpaksa menanti lagi sebulan untuk melihat “keajaiban” yang akan dipertontonkan oleh serum ‘HERMAPRO’.

Induk lintah yang menggunakan hermapro masih bertapa dalam tanah. Anak lintah masih belum kelihatan.

Berdasarkan dari keadaan semasa nampaknya aku terpaksa menunggu sebulan lagi untuk melihat hasil dari penggunaan HERMAPRO. Ialah proses penetasan pun makan masa 2 minggu, benih yang menetas pula akan melalui 2 peringkat pembesaran sebelum boleh berenang. Proses ini akan mengambil masa 2.5 bulan. Jika HERMAPRO sehebat yang diperkatakan sudah pasti aku dapat melihat paling sedikitpun 20 ribu anakbenih hasil dari 2,000 induk yang aku gunakan. Itupun untuk skala yang paling minima yang aku boleh bayangkan (1 induk = 10 anakbenih). Jika berjaya, dilema yang membelenggu aku selama ini akan terungkai. Pasti aku tidak akan teragak-agak lagi untuk menandatangani kontrak dengan mana-mana pihak yang inginkan bekalan lintah bertan-tan sebulan. Bersama-samalah kita tunggu dengan penuh kesabaran dan pengharapan. Amin.

Jumpa lagi. Tak cuba tak tahu… Adakah Jauhari seperti yang Manikam kenali.

1 Komen

Filed under hala tuju industri lintah, hermarpo

One response to “Cerita Lintah Dan Hermapro

  1. Lintahcorner

    Saya amat tertarik dengan penerangan yang jelas tentang kolam…dengan cara pembinaan kolam yang berbeza dari yang saya tahu…anak benih hanya akan kelihatan apabila mencecah 2.5 bulan..barulah ianya boleh berenang? Ia ke???

    Ajet </strong>says: Pembinaan kolam dan kaedah penyediaan berbeza mengikut pengusaha. Teknik saya berdasarkan pengalaman sendiri selama 1 1/2 tahun terlibat dlm bidang ini. Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya, anak lintah akan mula kelihatan berenang setelah usianya mencecah 2.5 bulan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s