Asal-Usul Lintah

Sedar tak sedar dah hampir setahun rupanya aku telah terlibat dalam industri ternakan lintah. Berbagai cabaran dan dugaan telah ditempuh. Perit juga rasanya terutama pada peringkat 4 bulan yang pertama dulu. Namun begitu apalah sangat keperitan yang aku lalui jika dibandingkan dengan Nabi Ayub a.s. Seorang manusia yang begitu sabar dan taat kepada Allah Ta’ala atas segala ujian dan dugaan yang dijatuhkan keatasnya. Diuji dengan berbagai musibah dan menderita menanggung penyakit kulit yang begitu menyiksakan selama 18 tahun serta tabah menghadapinya adalah sesuatu yang amat hebat sekali.

Apa pula kaitan kisah Nabi Ayub dengan lintah? Rupanya asal kejadian lintah timbul dari kisah penderitaan penyakit kulit yang dihadapi oleh Nabi Ayub a.s. Asal usul lintah ini boleh dibaca dalam sirah iaitu kisah Nabi Ayub yang badannya habis dimakan oleh ulat kecuali lidah dan hatinya. Nabi Ayub berdoa kepada Allah supaya hati dan lidahnya tidak dimakan oleh ulat tersebut kerana baginda takut tidak dapat beribadat kepada Allah s.w.t

“…dan sesungguhnya Nabi Ayub a.s. merasa susah, kalau hati dan lidahnya dimakan ulat, kerana dia selalu sibuk bertafakkur dan berzikir kepada Allah ta’ala. kalau keduanya dimakan, maka dia tidak dapat lagi untuk bertafakkur dan berdzikir kepada-nya. lalu allah ta’ala menjatuhkan kedua ulat itu dari diri nabi ayub a.s. maka yang satu jatuh di air, kelak menjadi lintah yang dapat menyebabkan orang sakit kekurangan (mengeluarkan) darah (kotor), dan yang satu lagi jatuh di darat yang kelak menjadi lebah, yang mengeluarkan madu yang mengandungi ubat untuk manusia….”
Ikuti sirah lengkap di: http://www.geocities.com/kisahkisahteladan/kisahnabiayuub.html

Begitulah kisahnya bagaimana kedua-dua makhluk ciptaan Allah s.w.t ini ada hubung-kaitnya dengan kehidupan manusia di alam ini.

Tinggalkan komen

Filed under sejarah lintah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s