Menuju Kejayaan (Usahawan Lintah)

Bertemu kembali. Lama juga aku tak menulis di sini. Sibuk betul kebelakangan ni. Ramai betul yang masih berminat utk melibatkan diri dalam bidang ternakan lintah ini. Boleh dikatakan setiap hari aku menerima kunjungan tetamu yang datang dgn semangat begitu berkobar2 utk menternak lintah. Setiap hari Ahad pula bermula jam 9.30 pagi hingga ke petang ada saja tetamu yg datang. Keadaan ini membataskan ruang utk aku menulis di sini. Kesempatan yg ada ini, aku ingin berkongsi sedikit tips motivasi yg aku kutip dr blog saudara shueqry. Jom kita hayati bersama.

Dalam proses menuju kejayaan, terlalu banyak cabaran dan dugaan yang perlu akan kita tempuhi. Orang-orang yang dah berjaya sebelum kita dah katakan perkara ni.

Tidak perlu takut, kita hanya perlu bersedia.

Dalam perniagaan, terlalu banyak orang yang gagal di peringkat awal. Mereka lebih gagal lagi bila tidak sanggup bangkit semula, melawan rasa malu dan berusaha memulakan semula dari awal.

Tak kira bisnes apa pun, bila dah gagal, kita perlu bangkit semula jika nak berjaya.

Untuk bangkit semula, kita perlu berubah menjadi kuat. Dulu kita silap sebab minda kita lemah, kurang semangat dan kurang motivasi dalam berniaga.

Mungkin juga kita silap sebab perkiraan kita salah, kita kurang mengkaji pasaran dan satu lagi, mungkin ilmu perniagaan kita masih belum berapa power. Bila silap tu dah berlaku, kita perlu memaafkan diri sendiri atas kesilapan lalu, barulah kita boleh berubah.

Kita mesti pilih untuk jadi insan yang bersemangat sebab ia akan menukar kita menjadi insan yang lebih maju dari orang lain, lebih produktif yang lebih bermotivasi. Walaupun kita usaha tapi menemui sering kegagalan, kesilapan, perlu sedar kita tetap ada peluang yang tak pernah habis untuk bangkit semula.

Kita mesti berubah menjadi insan yang bersemangat supaya kita sentiasa ada pecutan untuk maju ke hadapan. Jika berniaga, biar kita berniaga betul-betul.

Nak tak nak, mesti work hard in smart way supaya kita boleh berjaya dalam apa jua perniagaan yang kita ceburi tak kira perniagan network marketing, perniagaan internet atau perniagaan pasar malam.

Pilih untuk jadi peniaga cemerlang, insan yang bersemangat tinggi.

Pilih untuk berjiwa kental! Jadikan segala sindiran, cacian, kutukan dan berbagai lagi kata2 negatif sebagai pendorong utk anda terus bergerak dan maju ke depan dgn penuh bergaya…. Jumpa lagi. Wassalam.

1 Komen

Filed under projek lintah, usahawan lintah

One response to “Menuju Kejayaan (Usahawan Lintah)

  1. Salam,
    saya baru je buat blog utk ushawan ternak lintah dan minat saya. Jemput le ke blog saya, terima kasih juga atas maklumat sdr kat sini …Nnt akan dtg baru saya cite pesal lintah, tapi saya baru lg menternaknyer, ternak cacing baru nak mula … harap dapat bantu saya bg semangat dan nasihat …terima kasih. Blog sdr saya link di blog saya …

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s