Cerita Nafsu

Salam buat semua. Kali ini aku ingin berkongsi cerita berkenaan NAFSU

Setiap hari, setiap waktu dan setiap saat, kita sentiasa berurusan dengan nafsu. Difahamkan juga nafsu itu terdiri dari 7 peringkat yang mana setiap peringkat menggambarkan sikap seseorang itu… malah disetiap peringkat juga mempunyai keistimewaan serta keburukan. Nafsu yang sering diperkatakan adalah nafsu tingkat paling rendah.

Nafsu sememangnya ada bersama setiap manusia. Ia ada bersama segenap lapisan umur. Ia bebas menguasai pemikiran dan malah hati manusia. Hati yang dimaksudkan adalah hati spiritual yang mana jika hati ini dikuasai oleh nafsu rendah ini, seseorang akan dikatakan tidak mempunyai hati dan lebih parah jika digelar tidak mempunyai hati nurani.

Ia berkebolehan menguasai manusia dari segala sudut lalu menyebabkan seseorang itu buta mata, buta telinga, buta hati malah buta segala-galanya. Buta yang dimaksudkan adalah buta dari cahaya iman.

Dikatakan juga bahawa nafsu itu terjadi sewaktu roh telah memasuki jasad atau dalam erti kata lainnya, campuran roh dan jasad. Walaubagaimanapun, alasan yang sebenar hanya diketahui oleh Tuhan yang Maha Pencipta.

Dalam konsep keagamaan, menawan-mendidik-mengawal nafsu adalah perkara yang amat dititkberatkan. Tingkat nafsu yang harus ditawan-dididik-dikawal adalah nafsu ammarah atau Tirani. Ini adalah tingkat nafsu yang paling rendah (lower self)

Egois adalah ciri utamanya. Nafsu tirani tidak semata-mata menjadikan seseorang itu semata-mata pemarah, malah ia mampu menggodam akal fikiran dan menciptakan alasan yang logik untuk ampunya diri bagi melakukan sesuatu perkara yang bersifat ‘langgar perintah’. Perintah yang dimaksudkan adalah perintah Tuhan yang ada didalam Al-Quran.

Jelas bahawa nafsu tirani ini adalah jenis nafsu negatif yang mana tidak boleh dikompromi sama sekali. Jadi, dimanakah gerangannya nafsu jenis positif? Apakah yang dimaksudkan nafsu jenis positif?

Terdapat ramai diluar sana yang berjaya menguasai nafsu tirani mereka ini. Teknik atau kaedah asas untuk mengenal nafsu tirani ini adalah dengan berpuasa. Ya, dengan berpuasa kita dapat mendengar suara saranan nafsu tirani ini.

Perlu difahamkan juga bahawa nafsu tidak dapat dibunuh kerana ia adalah sebahagian dari diri kita. Kepuasan nafsu tirani adalah kepuasan sementara dan kesan dari akibatnya adalah kekusutan pemikiran untuk jangka waktu yang lama.

Nafsu merupakan sejenis alat yang dikurniakan kepada manusia adalah untuk kegunaan manusia dalam membuat pilihan, perilaku atau perbuatan , dan mempengaruhi sikap seseorang individu itu. Perlu difahami bahawa tidak adil dalam memandang nafsu itu sebagai sesuatu yang buruk atau negatif sahaja kerana ia turut memiliki sifat yang baik.

Nafsu yang mulia akan membawa manusia kearah kebaikan dan kebajikan sedangkan nafsu yang hina akan membawa manusia kearah keburukan dan kerosakan. Nafsu yang positif harus di pelihara dan di’ up-grade ‘kan, manakala nafsu negatif harus dilontar jauh-jauh dan biarkan ia tenggelam.

Difahamkan bahawa nafsu ini mempunyai 7 peringkat yang harus dinaik tarafkan agar alat itu menjadi lebih berguna kepada manusia. Peringkat-peringkat itu adalah :-

1. Nafsu Ammarah @ Tirani

2. Nafsu Lawwamah @ Penuh Penyesalan

3. Nafsu Mulhamah @ Terilham

4. Nafsu Muthmainnah @ Tenteram

5. Nafsu Radliyyah @ Redha

6. Nafsu Mardliyyah @ Diredhai Tuhan

7. Nafsu Kamilah @ Suci

Peringkat-peringkat nafsu ini dapat dicapai dengan beribadah kepada tuhan secara berterusan dengan membaca dan mengikuti fitrah yang telah ditetapkan oleh tuhan. Berikut adalah ciri-ciri peringkat nafsu :-

1.Nafsu Tirani

Nafsu pertama yang harus ditakluki yang cenderung mengajak manusia kepada perkara negatif. Ciri-cirinya adalah seperti iri hati, dengki, takbur, pemarah, penipu, sombong dengan kemewahan dan mencari nama untuk kepentingan diri sendiri.

2.Nafsu Penuh Penyesalan

Ciri-cirinya adalah suka akan perbuatan baik tetapi masih lagi melakukan maksiat, suka membantah pada nilai-nilai positif dan suka menceritakan kebaikan diri sendiri agar dikagumi oleh orang lain. Sifatnya hampir sama dengan peringkat pertama namun ada perbezaan walaupun hanya sedikit.

3.Nafsu Terilham

Merupakan hasil positif dari penaklukan dua peringkat nafsu sebelumnya. Ciri-ciri positifnya adalah sabar, bersikap tenang, pemurah, merasa bersyukur dan suka mengajak orang lain untuk berbuat kebajikan serta beramal baik.

4.Nafsu Tenteram

Nafsu yang memiliki ciri-ciri mulia seperti tawakal, murah hati, suka mensyukuri nikmat tuhan meskipun hanya sebahagian kecil atau sederhana dan sabar atas bencana. Impak positif dari nafsu peringkat ini adalah munculnya sifat-sifat arif bijaksana manusia.

5.Nafsu Redha

Dengan munculnya sifat-sifat kebijaksanaan maka seseorang itu akan dapat memanjat peringkat ke 5 ini. Ciri-ciri seseorang yang berada diperingkat nasfu ini adalah hidupnya diabdikan sepenuhnya hanya kepada tuhan, takut kepada tuhan bukan sebagai tuhan yang menyiksakan, tetapi kerana sifat Rahman dan Rahim-Nya

6.Nafsu Diredhai Tuhan

Peringkat dimana jiwa sentiasa dihiasi dengan kesucian, kemuliaan dan kesempurnaan. Baik perkataan mahupun perbuatan, semuanya diredhai tuhan kerana jiwa, hati, perasaan, gerak-geri, penglihatan, pendengaran, dan perjalanan hanya untuk-Nya. Pada peringkat ini, seseorang insyaalah dapat memiliki kehebatan dan keistimewaan luar biasa.

7.Nafsu Suci

Merupakan peringkat tertinggi dari segala peringkat nafsu. Nafsu ini hanya dimiliki oleh para rasul, nabi.

Berdasarkan pengamatan aku, kebanyakkan manusia dapat melepasi peringkat nafsu sehingga peringkat ke-3 cuma kurang latihan dan fokus. Jadi, untuk mencapai ke peringkat ke-4, adakah susah? Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan impak positif sesama manusia dalam menempuhi kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini. Wassalam. Jumpa lagi.

Tinggalkan komen

Filed under nafsu lintah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s