Hala Tuju Industri Lintah

Kemana akhirnya Industri Lintah ni??????

Untuk apa sebenarnya kita terlibat ?…

1. Cari $$$$$$$….
2. Untuk lintah (daging ),
3. Nak buka kilang…
4. Anjur kursus…
5. Mengembangkan/memacu ekonomi bangsa dan negara….
6. Jadi usahawan yg berjaya….

Kenapa $$$$$ menjadi tujuan utama?….$$$$$ adalah segalanya…. Hakikatnya tujuan kita melibatkan diri dalam industri ini adalah untuk $$$$$$…. Gila aku katakan kalau ada yg bina 10 kolam lintah saiz 25 x 60′ sekadar hobi atau suka-suka..

Memang harga pasaran lintah agak lumayan, antara RM1.40-RM2.50 per induk atau RM60-RM150 per kg yg ditawarkan oleh pihak penganjur kursus. Apalah nasib penternak keli organik yg hasilan mereka diborong ngan RM2.50 jerrr per kg….

Harus kita ingat bahawa, penggunaan lintah (di Malaysia) untuk pengeluaran produk masih dalam peringkat R&D dan bekalan lintah (khabarnya) masih jauh daripada mencukupi. Sudah ramai yg khuatir dan ada tuduhan seolah-olah otai-otai penternak lintah cuma menjaja cerita agar orang ramai berminat untuk menternak,..betul ke? Kalau betul..mana produknya? Apa syarikatnya ? Aku sebenarnya faham akan kegelisahan dan kekhuatiran yang menyelubungi bakal-bakal penternak, ye lah…setelah berpenat-lelah menternak dan hasil ternakan dan memenuhi kolam, kemana pulak nak dijual?..nak dimakan….rasanya belum lagi tergamak….cuma apa yang boleh aku katakan adalah `BANYAK-BANYAK LAH BERSABAR`.

Sebenarnya stok lintah di negara kita masih belum mencukupi dan masih jauh lagi untuk berlaku masalah lambakan stok. Ada syarikat yang telah membuat R&D dan telah mula menghasilkan produk, tapi adakah bekalan `raw material`(lintah) mencukupi? Minda Teknik Enterprise dgn Minyak Mujarob, Arovana Vission dgn Stay-D Oil nya dan beberapa pihak lagi. Takkan mereka nak keluarkan produk lepas tu terpaksa diberhentikan kerana tidak cukup bekalan `raw material`, disinilah perlunya penternak lintah yang ramai agar bekalan stok sentiasa mencukupi. Kita mestilah merobohkan tembok yang memagari minda kita, agar kita boleh menjadi lebih kreatif untuk menghasilkan produk-produk yang berasaskan lintah……..Usaha telah dimulakan, ayuh…bersama kita bergabung untuk memacu industri ini demi kepentingan semua pihak. Jumpa lagi…..Wassalam..

sumber : http://www.duitpertanian.com dan di olah semula oleh warisan ar untuk penyesuaian.

Tinggalkan komen

Filed under industri lintah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s