Mudahkah Menternak Lintah?

Bertemu kembali. Mudahkah menternak lintah? Persoalan menarik untuk dihuraikan. Rasanya bagaimana! Susah atau senang? Pelik tak ramai yang tanya solan ni bila berkunjung ke tempat aku. Yang menghubungi melalui talipon dan email pun jarang mengajukan soalan ni. Mereka lebih minat ajukan soalan berkenaan pinjaman dan kat mana nak pasarkan. Jom kita cuba selongkar rahsianya.

Berdasarkan pengalaman aku, segalanya tak semudah yg digembar-gemburkan. “Memang tidak sesukar mana menjaga atau mengawal selia lintah ni.” Itu ungkapan dari para pengendali/penganjur kursus yang tidak pernah memiliki kolam ternakan apatah lagi bergelumang dgn makhluk tuhan yang istimewa ni. Bagi penternak yang telah melibatkan diri sekian lama rasanya berbagai pengalaman dan peristiwa yg tidak dijangka telah ditempuhi.

Sedih bila ada rakan penternak yg dah setahun mengusahakan kolam ternakan namun masih belum berjaya. Jangankan anak lintah, induk yang dimasukkan pada permulaan ternakan hilang tah ke mana. Inilah dilema yang maha berat yg membelenggu para penternak lintah sekarang. “Lintah dalam kolam ternakan tak mahu membiak”. Ada yg membiak tapi tak byk. Kenapa keadaan ini berlaku?

Inilah yang perlu difikirkan dan diberi tumpuan oleh para pakar penganjur kursus. Janganlah hanya memikirkan keuntungan peribadi semata-mata. Selepas habis kursus, peserta dibiarkan terkapai-kapai tanpa hala tuju. Kenakan yuran RM400 ke RM1500 tapi kolam sendiripun belum berhasil. Macam mana boleh menjanjikan pendapatan berpuluh-puluh ribu kepada peserta kursus. Buktikan dahulu kejayaan dari hasil usaha sendiri sebelum anjurkan sebarang kursus.

Harapan aku agar suatu masa nanti akan muncul pakar yang dapat mencari dan menemui kaedah terbaik untuk membiakkan lintah. Jumpa lagi.

Tinggalkan komen

Filed under bekalan lintah, ternak lintah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s