Belut Makanan Lintah?

Salam pertemuan buat pengunjung Warisan AR. Kali ini aku ingin mengajak anda untuk merenung sejenak dan membincangkan perihal ‘belut’. Kenapa? Mengapa? Apahal pulak? Apa yang dah berlaku? Sebenarnya, aku sendiripun tak pasti. Mari kita berfikir sejenak.

Siapa yang mengatakan belut merupakan sumber makanan kepada lintah? Betulkah hanya belut makanan lintah? Di tempat asal lintah, belutkah makanan utama lintah? Cuba kita fikirkan.

Inilah persoalan yang sering bermain dalam kotak fikiranku setiap kali aku menyajikan belut sebagai santapan ‘istimewa’ kepada lintah peliharaan aku. Berapa banyak darah yang ada pada belut untuk membolehkan lintah ternakan aku kenyang dan membesar. Dengan jumlah lintah yang ribu-raban dalam kolam ternakan aku ni berapa ekor belut yang mesti aku korbankan? Berapa banyak pula belanja yang mesti aku keluarkan untuk membesarkan lintah ternakan aku?

Inilah persoalan yang membelenggu fikiran aku sejak memulakan usaha penternakan lintah. Jawapan yang sering berlegar dalam ruang pemikiranku selalunya menidakkannya. Tidak mungkin belut yang menjadi sumber makanan utama kepada lintah. Lintah memang suka kepada darah. Itu yang pasti. Lintah akan menghisap darah dari sebarang benda hidup yang mempunyai darah. Tidak kiralah lembu, kerbau, belut, ikan ataupun manusia sendiri. Jika berpeluang pasti tidak akan dilepaskannya. Alah…macam lintah darat tu….

Oleh itu pasti ada sumber lain yang menjadi makanan utama sang lintah ni. Pikir-pikirkanlah…

2 Komen

Filed under bekalan lintah, belut, makanan lintah, sejarah lintah

2 responses to “Belut Makanan Lintah?

  1. mohammad

    Kursus Ternakan & Pembenihan ikan keli Ahad,Tarikh : 29/6/2008, Tempat: UKM,Bangi. Yuran:RM200*sekiranya daftar melebihi 2 orang secara berkumpulan diskaun RM20. call 012-3175363/0122334636. TEMPAT TERHAD

    Ajet says:Kalau saya nak sertai kursus, ada diskaun tak?:):):)

  2. kk

    Saya juga terfikir perkara ni, tapi ada yang bagi tahu belut ni sekadar mempercepatkan pembesaran dan proses mengawan lebih aktif untuk itu ada yang cuba mencadang penggunaan Serum Hemapro tetapi agak mahal walaubagaimanapun ada maklumat memberitahu akan keberkesanan serum tersebut belum diketahui impak sepenuhnya dan perlu penyelidikan lebih lanjut lagi. Sayapun nak tahu juga selain baja adakah makanan yang lebih sesuai sehingga tidak perlu lagi menggunakan belut dan keli.

    Ajet says:Bidang ini masih baru lagi di negara kita. Kajian (R&D) mengenai ternakan lintah ini rasanya masih belum selesai lagi. Ada beberapa pihak yg masih menjalankan/meneruskan kajian mereka berkenaan makhluk istimewa ini. Saya sendiri sedang menjalankan kajian mengenai kaedah pemakanan yg paling sesuai/praktikal. Saya kini tidak lagi bergantung kepada belut/keli sebagai makanan kepada lintah. Penggunaan serum hermapro masih belum menampakkan kesan seperti yg digembar-gemburkan. Walaubagaimanapun ianya merupakan langkah permulaan yg baik dlm usaha mengerakkan gelombang teknogi dlm perusahaan ini.

Tinggalkan Jawapan kepada kk Batal balasan