Kisah Peserta dan Penganjur Kursus

Bertemu kembali buat semua pengunjung Warisan AR. Agak lama juga aku tidak menulis perkembangan industri ternakan lintah ini. Keadaan yang begitu sibuk amat membataskan ruang untuk aku meluangkan masa. Kesempatan yang ada pada hari ini akan aku gunakan sepenuhnya bagi mencoretkan secebis coretan untuk dikongsi bersama. Kesempatan ini aku perolehi disebabkan ruang masa yang diperolehi secara tidak sengaja. Aku terpaksa mengambil rehat yang panjang pada hari ini disebabkan kesihatan yg sedikit membataskan pergerakan aku. Aku sakit gigi sebenarnya. Sesiapa yang pernah mengalaminya pasti tahu akan azabnya. Apa saja yang nak dilakukan serba tak kena.

Keadaan ini ditambah pula dengan situasi sejak azali. Aku fobia pada klinik atau hospital. Senang cakap, “fobia pada jarum”. Aku lebih rela tahan sakit gigi dari jumpa ‘dentist’. Keadaan ini mengakibatkan aku terpaksa ‘bercuti’ sementara. Aku terpaksa membatalkan temujanji dgn individu yg ingin melawat kolam lintah aku. Aku mohon maaf pada mereka semua. Esok rasanya keadaan akan stabil kembali. Insyaallah.

Dalam tempoh seminggu yang sudah kolam ternakan aku boleh dikatakan setiap hari menerima pengunjung. Ada antaranya pernah mengikuti kursus dan ada yang belum. Mr Wong dan rakan2 dari Taman Ria telah mengikuti kursus namun masih lagi buntu untuk memulakan industri ini. Aku tak faham betul dengan pihak yang menganjurkan kursus. Adakah mereka pakar lintah atau sekadar mengambil kesempatan atas minat orang ramai. Yuran yang menjangkau RM500 amat tidak berpatutan dengan ilmu yang diberikan. Ramai peserta yang tertipu dengan janji-janji kosong yang dilemparkan oleh mereka. Mana mungkin dengan kolam bersaiz 8 x 12 kaki bermodalkan RM5,000 boleh menghasilkan pendapatan RM60,000. Betul-betul macam skim cepat kaya pulak rasanya. Maklumlah penganjur kursus tu pun adalah bekas penganjur skim cepat kaya.

Ada yang lebih teruk lagi, segala kelengkapan untuk mendirikan kolam mesti dibeli melalui mereka. Sudahla yuran kursus yang melampau, peserta kursus dibebankan pulak dengan harga induk yang melampau tingginya. Apa yang aku tahu ada penganjur yang menyembeleh peserta kursus dengan harga induk lintah RM4 seekor. Inilah yang dinamakan LINTAH DARAT. Aku menyeru kepada yang ingin menceburi industri ini jangan mudah tertipu dengan individu sebegini.

Tempoh seminggu yang sudah aku berkesempatan mengunjungi kolam ternakan Saudara Man di Kg Baru, Pokok Sena, Kepala Batas dan Saudara Firuz dan rakan2 di Kg Permatang Pasir, Balik Pulau, Pulau Pinang. Mereka merupakan individu yang pernah melawat kolam ternakan lintah aku. Alhamdulillah dengan sedikit panduan dan pengalaman yang aku curahkan, mereka telah berjaya merealisasikan cita-cita mereka.

Kepada Saudara Wan yang telah membawa pulang 100 induk, aku harap usaha anda akan dipermudahkan. Buat Saudara Nordin dari Simpang Empat, ambil masa untuk lebih memahami industri ini. Tidak lupa juga buat Saudara Nasir dan rakan2 dari Arau, Perlis semoga cita-cita untuk menjadi pelopor di Perlis akan diperkenankan. Insyaallah. Tidak ketinggalan Saudara Zubir dan Isteri yang sudi berkunjung. Tempahan saudara akan diusahakan. Jangan lupa bekalan belut tu….

Jumpa lagi dipertemuan yang akan datang. Salam melintah untuk semua…Moga usaha kita akan dipermudahkan. Amin.

1 Komen

Filed under kursus lintah, pelawat kolam lintah, penganjur kursus

One response to “Kisah Peserta dan Penganjur Kursus

  1. shazreen hafizee

    salam,saya masih seorang pelajar universiti dan saya bercadang untuk memulakan industri lintah secara sambilan dan mungkin akan fokus pada ternakan komersial pada masa akan datang..boleh tuan terangkan kepada saya bagaimana untuk memulakan penternakan lintah tersebut.

    Ajet says: Waalaikumsalam. Terlalu panjang utk diterangkan di sini. Anda boleh berkunjung ke tempat saya utk mendapatkan maklumat lengkap.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s