Pagar Kolam Lintah Dah Siap (Induk dan benih lintah)

Syukur kehadrat Allah SWT, akhirnya siap juga pagar kawasan kolam ternakan lintah yang aku usahakan. Masalah gangguan terhadap lintah ternakan aku sedikit sebanyak telah dapat diatasi. Paham-paham sajalah bila kat perkampungan ni. Ramai sangat bebudak yang minat sangat nak bermanja dengan lintah. Bila dah berpagar ni senanglah sikit dan kontrol pergerakan depa. Bukan saja budak, pak budak dan mak budak pun ikut sama nak melawat. Kalau setakat tengok saja tak pa lah. Ini siap nak bermanja dengan lintah-lintah tu. Aku bimbang proses pembiakan dan pembesaran lintah terganggu.

Untuk tidak mengecewakan para pelawat aku telah menyediakan kolam khas untuk pelawat. Depa boleh la beramah-mesra dengan lintah dalam kolam tu dengan sepuas-puasnya. Aku telah memindahkan lintah ternakan dari kolam tangki ke kolam simen yang dah siap tu. Gembira sungguh aku tengok depa. Maklum la tempat baru tu lebih luas dan selesa. Harapan aku moga depa lebih cepat membiak dan membesar.

Kolam simen tu telah aku perkemaskan sebaik yang mungkin demi keselesaan keada lintah ternakan aku. Selain lapisan pasir aku juga memasukkan selut tanah liat lebih kurang 2 kg ke dalam kolam. Ada rahsia kenapa selut tanah liat perlu dimasukkan. Rahsia ini aku kongsikan bersama pengunjung kolam ternakan aku sahaja. Kalau nak tahu, “singgah mai la ke kolam aku”. Dua (2) kilogram Makanan Khas untuk tujuan pembesaran lintah juga telah dimasukkan.

Tawaran istimewa disediakan kepada pelawat/pengunjung kolam ternakan aku. Makanan khas untuk lintah ditawarkan dengan harga RM3/kg sahaja. Jadi kepada yang ingin dapatkan harga istimewa ini, silalah ke tapak projek kolam ternakan lintah aku. Ada tawaran yang lebih istimewa jika membeli dengan kuantiti yang banyak.

Sekali lagi aku ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan kepada bakal penternak lintah supaya berhati-hati dengan tawaran kursus ternakan lintah yang begitu banyak sekarang ini. Selidiki dahulu latar belakang syarikat atau individu yang menganjurkan kursus tersebut. Jangan mudah memasukkan wang yuran kursus ke dalam akaun no yang diberikan. Sudah ada pihak-pihak tertentu yang mula mengambil kesempatan atas kecenderungan dan perkembangan industri penternakan lintah ini. Selidik dahulu apa yang boleh diberikan oleh pihak penganjur.

Fikir dahulu apa tujuan kita mengikuti kursus. Jika sekadar ingin mengetahui kaedah penternakan, rasanya tak perlu untuk menghadiri kursus. Lebih baik buat lawatan ke kolam yang sedia ada. Ramai penternak sedia ada yang sudi memberikan bantuan. Aku juga sedia membantu dan memberi kursus ternakan lintah secara percuma kepada sesiapa yang berminat. Kepada yang bakal penternak di luar sana, mai la berkunjung ke kolam ternakan lintah aku.

Jumpa lagi di episod yang akan datang. Salam buat PELINTAH semua….

Tinggalkan komen

Filed under habitat lintah, kolam lintah, lawatan kolam lintah, makanan lintah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s