Kuasa Tuhan

Kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan. Keadaan cuaca tidak menyebelahi aku sehari dua ini. Hujan yang turun diwaktu petang menyukarkan kerja menyiapkan kolam. Keadaan dinding dan lantai kolam yang basah tidak memungkinkan kerja ‘plaster’ dijalankan.

Aku cuma sempat menjalankan kerja disebahagian dinding sebelah dalam sahaja. Harap-harap besok cuaca akan kembali ceria dan kerja dapat disambung kembali. Aku berharap kerja ini dapat disiapkan pada 7hb Feb dan selepas itu kerja menaikkan pagar pula boleh dimulakan.

Bagaimanapun jika kerja ‘plaster’ tak dapat dilaksanakan, aku akan teruskan dengan kerja menaikkan pagar. Aku terpaksa memagar kawasan projek ternakan lintah ini kerana ianya terletak di kampung dan berhampiran kawasan sawah padi. Aku bimbang ada haiwan yang bakal memasuki kawasan ternakan. Tujuan pagar dibuat juga demi memastikan keselamatan lintah ternakan kami terjamin. Jangan korang tak tahu, dah banyak berlaku kecurian di kolam ternakan lintah.

Permintaan untuk mendapatkan induk dan benih lintah begitu banyak sekali. Setakat hari ini stok yang ada pada aku hampir kehabisan. Cuma tinggal 400 ekor sahaja lagi, itupun dah ditempah. En. Zahir tak dapat datang hari ini atas sebab yang tak dapat dielakkan. Untuk pengetahuan pengunjung blog Warisan AR, kami memberikan kursus percuma (site consultation) kepada bakal penternak yang membeli induk dari kami.

Bakal penternak akan didedahkan dengan segala hal berkenaan ternakan lintah secara praktikal. Bakal penternak juga diajar bagaimana menguruskan ternakan lintah secara lebih sistematik dan berkesan. Tiada fakta dan data yang disembunyikan. Segalanya didedahkan merangkumi dari aspek penyediaan tapak sehinggalah kepada teknik pembiakan yang paling berkesan.

Rasanya setakat ini dahulu lapuran untuk hari ini. Matapun dah mengantuk amat. Aku akan cuba sambung semula lapuran perkembangan pembinaan kolam pada besok hari. Insayaallah kita bertemu kembali.

ps: gambar-gambar sebahagian dari hasil kerja yang dapat dibereskan pada hari ini. Wassalam.

Tinggalkan komen

Filed under induk lintah., kursus lintah, lintah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s