Episod Ke 5


Sudah 2 hari aku tak update. Banyak kerja yang aku perlu selesaikan. Balik rumah dah malam. Badan letih amat, tak sedar dah tertidur sambil baca s/khabar. Kerja pembinaan kolam simen berjalan agak perlahan tapi lancar tanpa sebarang gangguan. Cuaca juga banyak memberi ruang kepada aku. Syukur Alhamdulillah. Hari ini hujan turun sebaik saja aku dan Pak Long Harun selesai bertugas.

Nampaknya perancangan asal aku untuk menyiapkan kolam sebelum Tahun Baru Cina nampak tipis harapannya. Maklumlah tukangnya pun dah veteran manakala pembantunya pulak still amatur lagi (aku la tu). Bagaimanapun kami berjaya juga menjalankan misi walaupun agak tergelincir sikit dari plan asal perjalanan projek.

Hari ini dan semalam aku menerima kunjungan tetamu dari Pulau Pinang (bakal penternak) yang begitu berminat untuk mengusahakan penternakan lintah. Walaupun aku memaklumkan tapak projek kolam ternakan lintah aku belum lagi siap lagi, mereka tetap ingin berkunjung. Semalam Saudari Zainisah dan saudara dari Air Melintas, Tasek Gelugor telah mengunjungi untuk mengetahui dengan lebih jelas lagi tentang penternakan lintah. Banyak juga soalan yang dilontarkan untuk aku jawab.

Hari ini pula aku menerima kunjungan Saudara Izam dan rakan-rakan dari Bayan Baru, Pulau Pinang. Minat sungguh depa untuk mengusahakan ternakan lintah ini. Berbagai soalan keluar dari mulut masing-masing. Lepas seorang-seorang bersoal-jawab dengan aku. Jenuh jugak aku nak beri penjelasan supaya mereka betul-betul faham. Izam dan rakan-rakan pulang bersama 30 ekor induk dan makanan lintah sebagai percubaan katanya. Dia bercadang untuk masukkan dalam akuarium dulu sebagai percubaan. Aku juga memberikan serba-sedikit panduan bagaimana nak ‘setup’ suasana dalam akuarium supaya lintah selesa mendiaminya.

Rasanya setakat ini dahulu untuk kali ini. Insyaallah aku sambung besok jika sempat. Aku akan berada di Hotel Malaysia, Alor Setar pada besok hari untuk menghadiri Seminar IT yg dianjurkan oleh PKNK. Sebelum berpisah saksikan persembahan slide aktiviti hari ini.

Go to ImageShack® to Create your own Slideshow

Tinggalkan komen

Filed under Uncategorized

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s