Episod Ke Tiga

Kerja menyiapkan kolam simen untuk projek ternakan lintah telah dimulakan hari ini. Pekerja yang sepatutnya memulakan pembinaan kolam telah menarik diri di saat akhir disebabkan ada komitmen lain. Aku terpaksa mencari pekerja yang lain supaya pembinaan kolam ini tidak tertangguh lagi. Inipun sudah terlewat seminggu daripada perancangan asal.

Ayahku telah berjaya mendapatkan pekerja baru dan beliau memberi jaminan untuk memulakan kerja pembinaan pada hari ini juga. Kasihan ayahku, terpaksa bangun awal pagi untuk mendapatkan pengganti tersebut. Tukang tersebut merupakan kawan ayah aku (orang kampung aku) Pak Long Harun.

Pada sebelah petangnya aku pulang ke kampung untuk melihat kerja-kerja awal pembinaan kolam yang dijalankan. Pak Long Harun hanya berjaya menyiapkan 10% sahaja kerja ada pagi tu. Dia katanya ada hal lain yang perlu dibereskan pada sebelah petang. Dia akan dapat memberikan tumpuan yang penuh untuk projek aku mulai esok hari. Nak buat macam mana ‘last minute’ punya requirement.

Ini sahaja yang berjaya disiapkan pada hari pertama.

Masa yang terluang pada petang itu diisikan dengan sessi beramah mesra dengan lintah-lintah aku. Syukur Alhamdulillah, aku lihat lintah-lintah tu begitu cergas dan sihat-sihat belaka. Aku perhatikan banyak juga ketulan telur yang melekat pada akar pokok keladi bunting dalam kolam tangki. Maaf gambar (telur) tak dapat aku tunjukkan pada kali ini.


Berani anak jantan abah ni… Jaga2 Adik, lintah dah nak hisap darah tu…

Induk lintah yang sihat dan cergas


Benih lintah berenang dengan penuh lemah gemalai

Sessi petang itu berakhir sebaik sahaja hujan turun. Aku kembali ke rumah di Sungai Petani dan sampai menjelang azan maghrib. Besok aku akan kembali lagi untuk memastikan pembinaan kolam berjalan dengan lancar. Harap-harap dinding kolam dapat disiapkan menjelang petang. Jumpa lagi.

Tinggalkan komen

Filed under habitat lintah, lintah, sejarah lintah, tapak projek lintah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s