Apa Yang Kita Perlu Tahu

FAKTA: Lintah

  • Lintah adalah haiwan kumpulan cacing annelida
  • Sekumpulan dengan cacing tanah dan lebih maju berbanding cacing pipih dan bulat.
  • Terdapat kira-kira 500 spesies lintah. Saiz biasa adalah 50 milimeter dan boleh mencapai 30 sentimeter.
  • Secara umum, lintah berbadan leper, mempunyai 34 gelang dan penghisap pada kedua-dua belah hujung.
  • Mendapat oksigen melalui kulit yang lembap. Jika air kurang oksigen, lintah akan timbul ke permukaan.
  • Lintah hidup di kawasan panas yang terlindung dan kurang pengaruh air berarus. Kedalaman paling sesuai adalah dua meter.
  • Lintah yang bukan parasit tidak suka cahaya, bersembunyi di bawah batu dan tumbuhan akuatik. Sesetengah spesies aktif pada waktu malam.
  • Lintah tidak suka dasar bertanah liat atau air yang nilai kapur rendah (air masam).
  • Kebanyakan lintah di tropika hidup di darat, manakala di Amerika Utara, kebanyakan dijumpai dalam air tawar dan laut.
  • Lintah mempunyai dua kumpulan, arhynchobdellida dan rhynchobdellida.
  • Arhynchobdellida mempunyai mulut besar, sebahagian besar akuatik atau amfibia, perenang yang kuat, pemangsa dan penghidap darah.
  • Rhynchobdellida mempunyai mulut seperti liang kecil dengan penghisap dan kebanyakan parasit luar.
  • Lintah yang ada rahang bergigi pada penghisap anterior melekap pada mangsa, mengeluarkan bahan anti pembekuan darah (hirudin).
  • Lintah tanpa rahang bergigi dan tiada penghisap, melekap pada mangsa, menggunakan jarum kecil untuk menusuk mangsa, mengeluarkan enzim (hemetin) yang mencairkan darah beku mangsa.
  • Lintah adalah hermapordit (jantan dan betina dalam satu badan), tetapi perlu mengawan untuk membiak. Kedua-dua lintah akan menyalurkan sperma ke badan pasangan.
  • Lintah akan melepaskan gigitan selepas darah yang dihisap mencukupi.
  • Lintah boleh menghisap darah lima kali melebihi berat badannya.
  • Lintah pertama digunakan dalam perubatan adalah kira-kira 1,000 SM. Kemungkinan pada era purba India.
  • Wales pernah pada suatu ketika adalah kawasan mengumpul lintah utama Eropah.
  • Lintah dikutip dengan cara pengumpul berdiri dalam tasik atau kolam dan apabila lintah melekat di kaki, mereka mencabut dan disimpan dalam bakul untuk dijual. Kini sesetengah spesies lintah adalah haiwan terancam.

Tinggalkan komen

Filed under lintah, sejarah lintah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s