Episod Kedua

Salam mesra buat pengunjung Warisan AR. Hari ini jika mengikutkan perancangan, sepatutnya kerja-kerja menyiapkan kolam simen mula dijalankan. Namun aku hanya dapat merancang tapi Tuhan yang menentukan. Pekerja yang sepatutnya menjalankan kerja pembinaan kolam tidak dapat hadir disebabkan timbulnya komitmen lain yang lebih penting. Aku terpaksa menerima hakikat ketentuan Ilahi.

Kolam tangki yg baru dipindahkan dan isteri kesayanganku yang sempat possing pegang lintah

Aku menggunakan keluangan masa yang ada dengan memindahkan dahulu kolam tangki ke tapak projek ternakan. Kolam tangki ini telah aku aktifkan sejak 2 bulan lepas. Sebenarnya aku telah mengambil masa lebihkurang 3 bulan mengkaji dan mendapatkan maklumat yang selengkapnya sebelum mengambil keputusan untuk mengusahakan ternakan lintah ini. Terima kasih kepada Group Forum Pelintah yang telah banyak membantu aku. Bermula dengan akuarium 24″ x 12″ x 12″, selama sebulan aku mengkaji dan menganalisa mengenai corak penghidupan lintah di dalamnya.

Setelah mendapat hasil kajian yang positif aku memperluaskan aktiviti perternakan ke kolam tangki 150 gelen. Hasil yang diperolehi agak memberansangkan di mana sudah kelihatan anak-anak lintah sebesar >< lidi penyapu berenang di permukaan kolam.

Inilah induk lintah yang mendiami kolam tangki aku. Lihatlah betapa beraninya isteriku. Dua tangan sebelah bawah tu tangan aku. Amboiii.. panjang sungguh lintah tu….

Akhirnya aku memilih untuk mendaftarkan diri bagi mengikuti kursus ternakan lintah yang dianjurkan oleh pihak Agrifarm Resources pada 19 Januari 2008 bertempat di Kuala Gula, Semanggol, Perak. Maka bermulalah perjalanan yang aku harap dan doakan semoga dipermudahkan oleh Allah S.W.T

Jumpa lagi di episod ke tiga…

1 Komen

Filed under lintah, tapak projek lintah

One response to “Episod Kedua

  1. KJ

    Saya sedang mencari benih lintah minimum order untuk 100K. Saiz 1 inci.
    012-6620233
    kj.kayjay@yahoo.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s