Apa Yang Anda Tahu Mengenai Lintah

Lintah merupakan sejenis spesis hidupan air yang sudah lama dikenali dan dipergunakan oleh orang Melayu Nusantara sebagai ramuan perubatan khususnya untuk meningkatkan daya seks lelaki. Menurut Dr. Mahelly seorang pakar perubatan antarabangsa menyatakan bahawa lintah amat berguna untuk perjalanan darah beku bagi tujuan pembedahan.

Beliau juga menjelaskan bahawa lintah boleh dibiarkan untuk menghisap darah di mana-mana bahagian tubuh kita bagi tujuan membuang darah kotor dari tubuh manusia.

Diseluruh dunia terdapat 500 spesis lintah dengan berbagai jenis dan habitatnya. Lintah atau nama saintifiknya hirudinea (hirudo medicalis) merupakan haiwan yang tidak bertulang. Lintah adalah haiwan dalam kumpulan cacing. Lintah mempunyai badan yang bersegmen atau bergelang dan leper yang memudahkan ia bergerak

dengan bebas untuk mencari mangsa.

Lintah Malaysia bukannya spesis Hirudo medicinalis tetapi Hirudinaria manillensis (kedua-duanya dari kumpulan Hirudin). Tapi keduanya untuk “medicinal purpose” juga. Bezanya Hirudo medicinalis ni terdapat di Eropah, saiz kecil dan semakin pupus. Hirudinaria manillensis ni atau Buffalo leech (Lintah Kerbau) yang jenis suka melekat pada kerbau.

Lintah merupakan haiwan penghisap darah yang mempunyai mulut dan rahang bergigi pada kedua-dua hujung badannya. Pada kebiasaannya lintah akan menghisap darah dengan melekap pada mangsa dan mengeluarkan bahan anti pembekuan darah bagi memudahkannya menghisap darah.

Lintah merupakan haiwan hermapordit iaitu haiwan yang mempunyai jantina jantan dan betina dalam satu badan. Walaubagaimana pun lintah juga perlu mengawan untuk membiak dengan kedua-duanya mendermakan sperma ke badan pasangan dan terjadi la ‘cocon’ atau telur yang akan dilekatkan dibawah batu atau daun. ‘Cocon’ atau telur ini akan menetaskan anak lintah yang baru.

LINTAH kini mengikut jejak lebah dan gamat yang mempunyai nilai komersial untuk dijadikan pelbagai produk berkaitan kesihatan dan bahan dalam kosmetik.

Lintah kini diternak secara komersial selepas menyedari potensi besar lintah, terutama dalam industri kosmetik di luar negara. Namun masyarakat masih memandang negatif sedangkan haiwan itu mempunyai nilai komersial dan amat berpotensi.

Permintaan tinggi terhadap lintah di Amerika Syarikat dan Eropah menyebabkan perlu ada kaedah penghasilan lintah yang sistematik. Dua kaedah boleh digunakan, pembiakan secara semula jadi dalam kolam tanah dan bekas akuarium, tetapi paling berkesan adalah kolam tanah.

Keluasan kolam kebiasaannya 10k x 5k x 3k [(300 ekor induk) 2 ekor belut seminggu], manakala kedalaman 0.4 meter (1.5 kaki). Lintah juga boleh diternak dalam bekas plastik, tetapi tidak menyamai habitat semula jadi dan dibimbangi boleh menjejaskan kualiti haiwan itu.

Tempoh matang sebelum diambil dari kolam adalah antara empat hingga enam bulan. Sepanjang tempoh itu, lintah diberi makan dua kali seminggu.

Kira-kira 80 peratus lintah dieksport dalam bentuk ekstrak cecair untuk kegunaan industri kosmetik. Ini termasuk losyen untuk mengatasi masalah lebam mata dan jerawat. Bagaimanapun, ekstrak lintah untuk kegunaan perubatan memerlukan kualiti lebih tinggi dan mendapat pengiktirafan pihak berkuasa kesihatan antarabangsa.

Pensyarah Institut Akuakultur Tropika, Universiti Malaysia Terengganu, Dr Zaleha Kassim, berkata penggunaan lintah dalam perubatan bukan perkara baru kerana antara 1830-1850, haiwan ini digunakan dengan meluas. Antara kelebihan lintah ialah mempunyai hirudin, iaitu bahan antipembeku yang kini dimajukan sebagai bahan anti pembekuan sistemik.

“Kajian Profesor K Diakonov pada 1809 mendapati darah manusia yang dihisap dan berada dalam perut lintah tidak membeku, manakala keadaan sel darah merah adalah baik. Penyelidikan Highcraft pada 1884 mendapati ekstrak lintah menghalang darah dalam tabung uji membeku dan ini memulakan penemuan hirudin,” katanya.

Katanya, lintah kini banyak digunakan dalam pembedahan plastik, manakala mengikut laporan, antara kegunaan lintah termasuk merawat mata dan telinga tengah yang bengkak.

Tinggalkan komen

Filed under leeches, lelaki, lintah, minyak lintah, rawatan, seks

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s