MAKANAN LINTAH BERASASKAN BIO TEKNOLOGI

Nantikan kemunculan produk terkini dari kami. Makanan lintah berasaskan bio teknologi yang terbukti berkesan untuk pembiakan dan pembesaran. Ianya telah diuji dan menunjukkan lintah mampu membesar tanpa memerlukan BELUT sebagai sumber makanan.

15 Komen

Filed under makanan lintah

Cerita Lintah Dan Hermapro

Bertemu kembali kita diruang yang begitu ‘lebar’ dan tiada batasannya ini. Sejak kebelakangan ini aku sering menerima panggilan dari pihak tertentu yang memerlukan bekalan lintah dengan kuantiti yang AMAT BESAR. Jumlah yang diperlukan bukan lagi berkilo-kilo tetapi bertan-tan untuk pembekalan setiap bulan. Minat terhadap penternakan lintah juga makin berkembang dengan begitu pesat sekali. Jika dahulu aku hanya menerima pengunjung dari golongan kaum Bumiputera sahaja. Namun sejak akhir-akhir ini, minat yang ditunjukkan oleh golongan bukan bumiputera juga semakin bertambah.

Minggu ini sahaja aku menerima kunjungan 20 orang berbangsa India dan Cina yang sanggup datang dari Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan. Mungkin minat ataupun keyakinan diri terhadap masa depan industri ini mendorong mereka untuk datang ke tempat aku demi mendalami ilmu dalam bidang ini. Kebanyakkan mereka begitu berminat dengan konsep dan teknik yang aku gunakan. Aku bukannya mengatakan teknik yang aku gunakan adalah yang terbaik. Mungkin ada pihak lain yang telah mencapai hasil yang lebih baik dari aku. Namun setakat ini, Alhamdulillah usaha yang aku jalankan selama ini telah membuahkan hasil.

Keaadaan ini menambahkan lagi keyakinan aku terhadap hala tuju dan masa depan industri ternakan lintah. Usaha R&D yang telah aku jalankan selama ini akan aku pertingkatkan lagi. Walaupun aku bukannya datang dari latarbelakang ahli sains namun aku tidak pernah jemu belajar demi menambahkan ilmu. Sudah menjadi ‘perangai’ aku sejak dari kecil suka memerhati dan mengkaji apa sahaja yang terlibat dengan aku, secara langsung atau tidak. Aku tidak akan melakukan sesuatu tanpa mendalami@mengenali apa yang ingin aku laku atau usahakan.

Sejak sebulan yang lepas aku sedang usahakan membuat penyelidikan berkenaan teknik dan tabiat pemakanan lintah. Aku berharap dapat mencari kaedah yang lebih baik dari segi kaedah penyediaan sumber makanan. Penggunaan belut atau keli secara ‘hidup’ telah memberikan banyak masalah kepada penternak lintah. Mungkin ada penternak yang belum sedar anakbenih lintah yang baru menetas akan melekatkan diri di badan belut dan keli tersebut. Malahan ada juga yang masuk kedalam badan belut dan keli melalui mulut dan ruang terbuka yang sedia ada.

Kolam baru yang aku bina untuk tujuan ini telah hampir siap untuk menerima kemasukkan induk baru. Insyaallah jika tiada aral dalam 2 atau 3 hari lagi, aku akan masukkan induk dan benih ke dalam 3 kolam baru tersebut.


Proses penyediaan kolam peringkat pertama.


Proses penyediaan peringkat ke dua


Peringkat Ke tiga


Kolam sedia menerima kemasukkan induk.

Aku berdoa semoga kajian yang akan aku jalankan ini membuahkan hasil yang positif. Insyaallah. Mengenai perkembangan ‘HERMARPO’ yang telah aku gunakan semenjak dari 25 Ogos yang lepas nampaknya belum menunjukkan sebarang perkembangan yang lain dari biasa. Ya lah…. aku semestinya mengharapkan hasil yang terbaik dari penggunaan ‘serum’ yang agak mahal juga harganya (RM120.00 utk 20ml) ini. Setakat ini belum nampak lagi sebarang “keajaiban” yang berlaku. Yang pastinya induk yang aku gunakan tempoh hari nampaknya begitu “pendiam” sekali. Ada yang menyorok dalam tanah dan sukar untuk dilihat. Mungkin prosesnya berlaku dalam tanah…. siapa tahu… Jika begitu aku terpaksa menanti lagi sebulan untuk melihat “keajaiban” yang akan dipertontonkan oleh serum ‘HERMAPRO’.

Induk lintah yang menggunakan hermapro masih bertapa dalam tanah. Anak lintah masih belum kelihatan.

Berdasarkan dari keadaan semasa nampaknya aku terpaksa menunggu sebulan lagi untuk melihat hasil dari penggunaan HERMAPRO. Ialah proses penetasan pun makan masa 2 minggu, benih yang menetas pula akan melalui 2 peringkat pembesaran sebelum boleh berenang. Proses ini akan mengambil masa 2.5 bulan. Jika HERMAPRO sehebat yang diperkatakan sudah pasti aku dapat melihat paling sedikitpun 20 ribu anakbenih hasil dari 2,000 induk yang aku gunakan. Itupun untuk skala yang paling minima yang aku boleh bayangkan (1 induk = 10 anakbenih). Jika berjaya, dilema yang membelenggu aku selama ini akan terungkai. Pasti aku tidak akan teragak-agak lagi untuk menandatangani kontrak dengan mana-mana pihak yang inginkan bekalan lintah bertan-tan sebulan. Bersama-samalah kita tunggu dengan penuh kesabaran dan pengharapan. Amin.

Jumpa lagi. Tak cuba tak tahu… Adakah Jauhari seperti yang Manikam kenali.

1 Komen

Filed under hala tuju industri lintah, hermarpo

Masih Lagi Terasa Kemeriahan

Salam Aidilfitri buat semua. Kemeriahan hari raya masih lagi terasa. Kunjungan sempena bulan yang mulia dan penuh barakah ini masih berjalan. Pengunjung yang datang ke kolam latihan@R&D kami tidak putus-putus. Rupanya masih ramai lagi yang berminat dan ingin mendalami ilmu berkenaan ternakan lintah.

Sejak aku pulang dari Jengka 16, setiap hari aku menerima tetamu yang ingin belajar dan ada juga yang ingin menjalinkan kerjasama dalam usaha mengembangkan lagi industri ini. CIKOPET juga mendapat sambutan yang begitu hebat sekali. Mungkin disebabkan keberkesanannya yang telah terbukti memberikan impak yang begitu positif sekali terhadap lintah.

Kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjalankan usaha ini, silalah ke lokasi kolam latihan aku di Kuala Ketil, Kedah pada setiap hari Ahad bermula jam 9.30 pagi. Taklimat secara “site consultation” akan diberikan secara PERCUMA. Cuma aku harap sesiapa yang datang sila bawa makanan&minuman sendiri….. he..he..he.. “tak kan nak free semua bro….”

Hanya JAUHARI yang mengenal MANIKAM. Jumpa lagi.

Makluman kepada penduduk JENGKA & kawasan yang sewaktu dengannya, sila hubungi saudara JIMY di talian 017-9034217 jika anda berminat untuk menjalankan usaha ternakan lintah.

Tinggalkan komen

Filed under hala tuju industri lintah, tawaran makanan lintah, ternak lintah, tetamu kolam lintah, usahawan lintah

SALAM AIDILFITRI

Salam dan selamat sejahtera pada semua pengunjung Warisan AR. Kami mengambil kesempatan utk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Tahun ini aku menyambut aidilfitri di Negeri Pahang Darulmakmur. Rasanya dah 6 tahun aku tak menyambutnya di sini. Felda Jengka 16 tempat mertuaku mencari rezeki. Perbezaan yang amat ketara sekali suasana di sini selepas 6 tahun. Banyak sungguh perubahan yang berlaku. Aku dan keluarga akan pulang ke Kedah hari ini. Jumpa lagi selepas raya ke 6 nanti. Insyaallah.

Tinggalkan komen

Filed under lebaran, lintah beraya

Lintah Dan Hari Lebaran.

Salam buat semua pengunjung dan selamat berpuasa buat yang beragama Islam. Sedar atau tidak Hari Raya cuma tinggal 2 minggu saja lagi. Bagi yang menggunakan pengangkutan awam untuk balik beraya di kampung tentu dah gelabah kalau belum dapat tiket lagi. * lintah tak kisah pun….

Kalau sebelum ni anda tak berjaya dapatkan tiket, mungkin kerana dah dikebas dulu oleh ulat tiket cubalah check tengok mana tau syarikat pengangkutan ada sediakan tiket tambahan. Tak perlu bersusah payah dan berebut-rebut kerana ada sebahagian tiket yang boleh dibeli secara online.

Kini bukan tiket kapalterbang saja boleh dibeli secara online, bas dan keretapi pun boleh.
Berikut adalah beberapa syarikat yang menyediakan perkhidmatan tersebut:

Nampaknya kita dah maju setapak lagi dalam melakukan aktiviti pembelian secara online. Masyarakat kita semakin membiasakan diri dan ini adalah perkembangan yang baik bagi usahawan-usahawan internet tempatan.

Baiklah, kita tinggalkan dulu cerita tiket bas. Pastikan bila nak balik kampung tu, ‘kebajikan’ lintah peliharaan anda tidak diabaikan. Keselamatan lintah peliharaan anda amatlah penting. Minta tolong orang yang boleh dipercayai utk mengawasi kolam ternakan anda. Sudah banyak kejadian kolam lintah dicerobohi sejak kebelakangan ini. Ramai rakan-rakan kita telah mengalami kerugian yang agak besar. Oleh itu disamping kita gembira bersama handai taulan, jangan pula kita ditimpa musibah. Jumpa lagi.

Tinggalkan komen

Filed under keselamatan lintah, lintah beraya

Hala Tuju Industri Lintah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Antara sedar atau tidak rasanya hampir sebulan juga aku menyepi. Jangan salah faham. Aku bukannya tidak berminat lagi dengan “industri” ini. Malahan minat dan azam untuk memajukan “industri” ini semakin mendalam dan menebal. Banyak peristiwa dan aktiviti yang berlaku dlm tempuh ini. Masa yang begitu padat membataskan sedikit ruang masa untuk menulis.

Pada 22&23 hb Ogos yg lepas bertempat di JAPAN MALAYSIA TECHNICAL INSTITUTE (JMTI), BUKIT MINYAK, PULAU PINANG berlangsungnya BENGKEL PENTERNAKAN LINTAH : ARAH DAN HALA TUJU INDUSTRI TERNAKAN LINTAH yang dianjurkan oleh JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR PULAU PINANG.

Bengkel selama 2 hari ini telah berjaya mengumpulkan hampir 200 peserta dari seluruh negara yang mana sebahagian besarnya dari sebelah utara. Bengkel ini sedikit-sebanyak telah berjaya menghuraikan beberapa persoalan berkaitan ternakan lintah dan hala tujunya. Seminar yang lebih merupakan gabungan forum@bengkel telah dipengerusikan oleh Tn Pengarah Jabatan Veterinar P. Pinang, Dr. Wan Mohd Kamil. Tahniah dan terima kasih atas usaha yang dijalankan oleh Jabatan Veterinar negeri Pulau Pinang. Semoga pihak berkuasa di negeri lain juga dapat menganjurkan aktiviti yang seumpamanya.


Image

Secara peribadi aku berpendapat selagi sistem@teknik@teknonogi ternakan lintah ini masih ditakuk sekarang, industri ini tidak akan ada hala tujunya. Industri ini memerlukan teknologi terkini atau sekurang-kurangnya bersamaan dengan teknologi perikanan terutamanya dari segi pembiakan. Buat masa sekarang kita cuma mengharapkan pembiakan lintah secara semulajadi. Kaedah yang ada sekarang ini tidak akan memberi impak yang besar dalam industri ini. Kita memerlukan teknologi yang membolehkan penghasilan “stok@volume” lintah yang semaksima mungkin bagi memenuhi permintaan ke tahap global.

Walaupun sudah ada beberapa pihak/individu yang sedang berusaha ke arah itu, namun hasilnya belum mencapai sepertimana yang diharapkan. Namun usaha ini perlu diteruskan dan dipergiatkan lagi. Baru-baru ini kita diperkenalkan dengan serum HERMAPRO.

Produk ini dikatakan dapat membantu para penternak mendapatkan bilangan lintahyangbanyak daripada kadar biasa. Ianya dikatakan dapat merangsang lintah untuk mengawan dan mempercepatkan pengeluaran telur lintah. Disamping itu juga banyak lagi fungsi HERMAPRO ini katanya. Antara yang lainnya:

  • Membantu pertumbuhan alga dan plankton di dalam kolam
  • Mengurangkan kadar kematian akibatstress
  • Membantu pertumbuhan lumut di dalam kolam

Cara Penggunaan:

  • 20ml HermaPro + 500ml air (atau botol mineral kecil)
  • 500 ekor lintah = 5ml HermaPro @ 150ml campuran HermaPro
  • 1,000 ekor lintah = 10ml HermaPro @ 250ml campuran HermaPro
  • 2,000 ekor lintah = 20ml HermaPro @ 500ml campuran HermaPro

Hasil dari penggunaan HermaPro:

  • Dengan produk ini, anda akan lihat lintah mengawan
  • Sesuai untuk lintah bersaiz penyedut air (straw) sehingga dewasa
  • HermaPro akan merangsang lintah untuk bertelur (2 minggu selepas mengawan)
  • Tiada kesan sampingan kepada lintah setelah digunakan
  • Sesuai digunakan untuk semua jenis kolam
  • Larutan yang sama boleh digunakan berulangkali selama sehari untuk lintah yang berlainan
  • Lebih 30 biji telur bagi setiap ekor akan menghasilkan anak lintah yang hidup setelah bertelur

Aku juga tidakmahu ketinggalan untuk turut serta menjalankan ujikaji dan melihat akan keberkesanan HERMAPRO ini. Ujikaji telah dijalankan pada 25hb Ogos yang lepas setelah aku dapatkan produk ini dari Saudara JUTALINTAH salah seorang ahli PELINTAH. Percubaan telah dijalankan keatas 2,000 ekor lintah induk di lokasi kolam latihan@R&D aku. Lintah induk tersebut telah dimasukkan ke dalam 2 kolam “kok” dan kolam simen. Rasanya telah 2 minggu sejak aku menggunakan HERMAPRO, setakat ini belum menampakkan sebarang perkembangan yang berlainan dari biasa. Cuma induk lintah yang aku masukkan dalam “kok” masih “bertapa” di dalam tanah sejak dari hari pertama lagi. Mungkin dalam sehari dua lagi mungkin akan berlaku sesuatu. Siapa tahu? Harapnya begitulah. Insyaallah. Sebarang perkembangan akan aku update dalam pertemuan yang akan datang. Selamat berpuasa. Jumpa lagi.

1 Komen

Filed under hala tuju industri lintah, industri lintah

Selamat Tinggal Kegagalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Lama juga rasanya aku tidak melakarkan sebarang coretan di sini. Masa begitu mencemburui kita untuk bersua. Kesibukan menyebabkan masa yang ada begitu bernilai sekali. Terpaksa berkejar kesana-sini demi mencari rezeki yang halal. Semuanya perlu dilakukan demi mengejar kejayaan.

Antara sedar atau tidak dah hampir setahun aku melibatkan diri dalam bidang ternakan lintah ini. Rupanya ianya bukanlah semudah yang disangkakan. Banyak halangan dan pancaroba yang terpaksa ditempuhi. Alhamdulillah berkat kesabaran dan tidak pernah kenal erti putus asa, sedikit sebanyak hasilnya sudah dapat dikecapi. Yang penting kita perlu sentiasa berusaha dan terus mencari serta menjelajah.

Orang-orang berjaya dan insan cemerlang takkan berhenti belajar walaupun mereka dah mencapai banyak kejayaan. Mereka memilih untuk menjadi luar biasa, jadi semua yang mereka lakukan lebih dari sekadar perbuatan biasa. Mengapa mereka boleh melakukan semua itu? Sebab mereka terus menerus belajar dan menjelajah.

Mereka belajar bukan sekadar dengan membaca, tetapi mereka mengkaji, memerhati, menganalisa dan membuat. Hasilnya, mereka sentiasa jadi yang terbaik dalam apa saja.

Pernahkah Anda jumpa orang sebegini?

Memang ada, cuma hanya sedikit di kalangan kita. Siapa tahu, insan itu mungkin Anda!

Untuk mencapai kejayaan, kita tidak semestinya mencari kaedah baru. Cuba selami dan ikut cara orang yang dah berjaya, sikap mereka, pemikiran mereka dan tindakan mereka.

Belajar dan terus menerus belajar adalah sikap yang paling ketara dalam diri mereka. Jika Anda suka belajar dan tekad belajar seumur hidup, Anda ada peluang BESAR untuk berjaya!

Bidang ternakan lintah memerlukan tahap kesabaran yang amat tinggi untuk berjaya. Seorang yang mudah berputus asa tidak mungkin akan berjaya. Begitu juga bagi mereka yang menyimpan hasrat untuk menjadi KAYA dengan JALAN MUDAH.



Jangan mudah percaya dengan omongan kosong penganjur skim pelaburan lintah yang menjanjikan pulangan yang tak masuk akal.

Sentiasalah mengkaji dan menyelidik serta mencari kaedah terbaik dalam memajukan bidang ini demi mencapai kejayaan sebenar. Selamat menternak dan jumpa lagi. Wassalam.

1 Komen

Filed under motivasi lintah, penternak lintah