TIANG PAGAR DAH SIAP

Bersua kembali kita. Kerja pemasangan tiang pagar telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Berat juga tiang pagar konkrit ni. Aku menggunakan 17 batang tiang untuk keseluruhan kawasan kolam ternakan aku. Aku jangkakan kerja pemasangan dawai pagar dapat dijalankan pada esok hari.

Sementara menanti simen tapak tiang kering sepenuhnya, aku mengambil peluang melepaskan ‘gian’ mencari induk lintah. Sudah agak lama aku tak keluar mencari induk. Terasa rindu pulak nak merasa kesejukan air di kawasan paya yang pernah aku kunjungi dulu.

Pencarian selama setengah jam pada petang itu tidak membuahkan hasil yang lumayan. Keadaan kemarau pada masa sekarang menyukarkan kerja-kerja mencari induk lintah. Mungkin lintah lari bersembunyi ke dalam selut agaknya. Aku cuma berjaya menangkap 6 ekor induk lintah sahaja pada petang itu.

Walaupun hasilnya tidak lumayan namun saiz induk yang aku dapat kali ini sungguh besar sekali. Agaknya dah betul-betul otai lintah ni. Lihatlah perbezaan saiz anak lintah dan lintah otai yang di pegang oleh anak aku.

Jumpa lagi esok. Ada pelawat dari Aloq Setaq nak datang.

About these ads

Tinggalkan komen

Filed under lintah, tapak projek lintah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s