Rumah Baru Lintah

Salam jalinan maya. Jumpa kembali kita. Seperti yang dirancang, petang kelmarin aku memulakan tugas menyediakan rumah(kolam) baru untuk lintah ternakan aku.Selepas selesai kerja-kerja pembersihan kolam aku memasukkan pasir lebihkurang 1/2 inci ketebalannya ke dasar kolam. Tempoh yang diambil untuk memasukkan air ke dalam kolam mengambil masa yang agak lama juga iaitu lebihkurang 2 jam. Penat juga aku dibuatnya. Mujurlah ada isteri yang setia membantu. Pasir yang hendak dimasukkan ke dalam kolam hendaklah dibersihkan dahulu.

Kerja-kerja pembersihan ini dilakukan berulang kali sehinggalah aku yakin bahawa tiada lagi anasir-anasir yang tidak diingini terlepas ke dalam kolam. Tugas sebegini perlu dijalankan dengan teliti supaya tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini. Ini termasuklah penelitian terhadap rumpai air yang hendak dimasukkan ke dalam kolam ternakan. Hati-hati dan beri tumpuan penuh semasa kerja-kerja pembersihan supaya tiada lagi benih-benih yang tidak diingini terlepas ke dalam kolam. Telur-telur ikan yang mungkin lekat di akar pokok rumpai air bakal memberikan masalah yang besar kepada kita di kemudian hari.

Semua tugas ini perlu dijalankan dengan penuh tumpuan dan tahap kesabaran yang amat tinggi. Jangan sesekali mengambil mudah dalam menjalankan tugas penyediaan kolam semasa diperingkat awal lagi. Selepas mendapat paras air yang dikehendaki disikan ke dalam kolam, aku memulakan proses rawatan air. Pastikan tahap ph air diantara 4 ke 7 dan suhunya tidak melebihi 27 celsius sebelum benih atau induk lintah dimasukkan ke dalam kolam. Letakkan tumbuhan air menutupi setengah bahagian kawasan kolam. Ini dapat memberikan suasana yang lebih nyaman dan selesa kepada lintah ternakan kita. Sebolehnya cuba ciptakan sehampir mungkin habitat asal lintah itu. Untuk membuatkan lintah ternakan aku tambah selesa di dalam kolam, aku juga menyediakan ’tilam dan bantal’ yang khas untuk mereka.


Berdasarkan pengalaman yang lepas, rasanya lintah ternakan aku boleh dipindahkan ke rumah baru pada petang ini. Jumpa lagi. Insyaallah, aku cuba update status terkini pada malam ini.

Tinggalkan komen

Filed under proses penyediaan kolam lintah, rawatan air

Tinggalkan komen