Lintah dan Pacat Di Malaysia

Lintah dan pacat

Filum : Annelida
Kelas : Hirudinea

Ciri – Ciri :-
- Lintah hidup di dalam air, manakala pacat hidup di daratan
- Badan nya terdiri dari 34 segmen badan
- Lintah mempunyai mulut serta organ pelekap iaitu penghisap anterior dan penghisap posterior
- Lintah dan pacat ádalah haiwan ektoparasit iaitu parasit di luar perumah
- Ia ádalah pemangsa yang khusus kerana ia melekat pada perumah nya
untuk tempoh masa yang sebentar sahaja bagi mendapat kan darah
- Lintah dan pacat boleh menghisap darah sebanyak 3 kali ganda berat badan nya
- Selepas mengambil darah, ia akan menanggalkan diri nya dari perumah,
lalu jatuh dan mula mencari pasangan
- Darah perumah tempat gigitan sentiasa mengalir keluar pada bekas gigitan nya untuk beberapa ketika,
selalu nya 3 jam
- semasa ia menghisap darah, lintah akan mengeluarkan “Hirudin” dari kelenjar liur nya
- Hirudin akan menghalang darah dari membeku
- Dari sini lah Lintah dan Pacat dikelaskan dalam Kelas Hirudinea
- Selepas makan darah dengan secukup nya, ia boleh hidup untuk beberapa bulan malahan 1 tahun
tanpa mendapat kan darah lagi
- Lintah dan pacat adalah haiwan hermaphrodile ataupun kedi. 1 individu boleh mempunyai kedua-dua organ
jantan dan organ betina, dan ia bertelur di dalam air
- Induk membawa anak dari telur di dalam kantung yang terbentuk melalui lipatan permukaan bawah badan nya
- Kadang kala, anak nya melekat dibawah cuaran di bawah badan induk

Lintah dan pacat di Malaysia terbahagi kepada 2 kumpulan :-

1) Rhyncobdella
- mempunyai organ mencucuk atau belalai pada mulut seperti jarum

2) Arhyncobdella
- mempunyai rahang dan gigi


Spesies – Spesies Lintah Di Malaysia

Batracobdella reticulata
- berukuran 5 mm
- memindah kan parasit darah yang ditemui pada haiwan liar
- tidak memparasitkan haiwan invertebrata tapi membunuh mereka terus
- boleh digunakan dalam kawalan biologi pada siput

Lintah Hirudinaria manillensis
- ditemui di paya, sungai dan bendang
- menghisap darah kerbau dan kadang kala manusia dan buaya
- dipanggil “lintah kerbau”

Pacat Haemadipsa sp.
- lebih kecil dari lintah kerbau
- tinggal di kawasan lembap
- menyorok di celah tanah apabila kering
- keluar untuk menghisap darah haiwan berdarah panas
– bergerak secara menjengkal kan badan nya
- menghisap darah mamalia, kadangkala burung dan haiwan berdarah sejuk (reptilia)

4 spesies Haemadipsa sp. di Malaysia

Haemadipsa zeulanica
Haemadipsa subagilis
Haemadipsa sylvestris (berwarna hijau – “pacat siamang“ )
Haemadipsa picta

- adalah perosak haiwan domestik
- menyebabkan kehilangan darah dan jangkitan sekunder
- menjangkitkan penyakit berjangkit

About these ads

3 Komen

Filed under jenis lintah, lintah, pacat, sejarah lintah

3 responses to “Lintah dan Pacat Di Malaysia

  1. wan ibrahim

    salam…sy slh sorg pengusaha lintah…..
    sy nak tanye mcm mane sy nak pasrkan lintah2 sy ni kat luar negara??
    ade x mane2 pihak boleh tlg utk tujuan ni?

    Ajet says:waalaikumsalam saudara wan ibrahim. saudara boleh berhubung dengan jabatan veterinar untuk mendapatkan panduan.

  2. Lamang

    lintah di jual hidup2 atau diproses dahulu sebelum dijual?

    adakah pihak pembeli lintah yang bertanggungjawab untuk penghantaran atau pengusaha yang perlu menghantar lintah itu kepada pengusaha?

    apa harga sebenar untuk lintah? ada yang bagi rm150 ada yang cakap rm80 ada pulak yang cakap rm60. bagaimana nak pastikan harga sebenar?

    Ajet says: Proses jualbeli dijalankan melalui kedua-dua kaedah bergantung kepada keperluan.

    Proses penghantaran mengikut persetujuan bersama.

    Harga lintah bergantung kepada beberapa faktor. Jenis, saiz, umur, keperluan dan sbgnya lagi.

  3. yai

    salam tuan…

    sy nak tanya 1 ekor induk lintah berapa ekor anak lintah dia lahirkan…

    terima kasih…

    ajet says: Waalaikumsalam….Seekor induk boleh menghasilkan benih antara 9 ke 20 ekor satu pusingan pembiakan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s